Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Sabtu, 20 Jun 2015

RESIPI AYAM GORENG FROZEN ALA KFC

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Mudah

Hari ni nak kongsi resepi ayam kfc home made yang sangat mudah.

Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah,

Hihi yg ni mmg saya buat dah utk bulan posa ni. Anak2 request ayam goreng tepung utk sahur... tahun lepas beli yg frozen.. so tahun ni rasa yg frozen  tu mesti byk pengawet kan... so sy wat frozen s3ndiri...

Lepas perap semalaman.. saya terus golekkan atas tepung tanpa telur.. lepas tu terus asingkan ikut kuantiti sekali goreng.. masuk dlm plastik.. bila  nak  sahur tu just keluarkan  satu plastik je utk  goreng... yg lain tak ganggu...

2 ulasan: