Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Ahad, 1 Mac 2015

tutorial jahit sendiri shawl instant...

 alkisahnya... nak meng transform bawal satin kepada tudung instant si miza ni... katanya bawal satin dia ni bila pakai dah macam singa... mengembang jer... so dia tak mo pakai pin bawah dagu.. sebab kulit sensitif,,, habis parut2 bawah dagu...

so sini.. mama post skit cara nak transform.. ni versi labuh yer... maklumla.. mmg tak reti pakai tudung pendek nih.

langkah 1.
maafkanla tulisan buruk cikgu sorang ni deh... kiki
pertamanya kena sediakan kain tudung la.. so yg ni mama potong je bawal satin tu.. untuk dapatkan lebar dia 27 inchi, panjang sama cam bawal la.. 45 inchi.. kalau body kecik boleh kurangkan labih kelebaraan tu...

langkah 2.

seperti dalam ukuran dalam langkah satu tadi... buat dua lengkungan seperti dalam gambar. bahagian AB akan jadi belakang tudung, BC bahagian depan.. lengkungkan ikut rajah atau ikut kesesuaian masing2 la yer.. dah siap memola tu...

langkah 3.

 lipatkan kain tudung tadi ikut garisan B. dan cuba la korang amik tudung bawal dan pakai dengan selesa.. siap letak brooch kan... pas tu buka tudung korang tu dan ukur berapa panjang dari atas muncung dahi tu sampai ke brooch... so itu la panjang muka BE dalam rajah kat atas ni... tandakan E.

langkah 4.
ok.. dari titik E tadi.. ukur 1-2 inchi ikut suka. dan tandakan sebagai F.
ukur dari titik A ke bawah 9 inchi dan tandakan G. potong  garisan FG. siap pola..

so sekarang boleh la potong pada kain... dan boleh terus gi hantar jahit tepi... atau boleh jugak kalau nak jahit kelim tindih jer guna mesin biasa..

dah siap kemasan...

maka lipat macam dlm rajah... dan jahit lurus titik EF.
kemudian... jahit jelulur kasar kain belah bawah... tu dari F ke C. tarik benang untuk kita kedutkan kain bahagian tersebut...
ukur kedutan tu supaya titil FC jadi 9 inchi sahaja.
sekarang kain FG kita tindihkan dengan bahagian FC yang dah dikedut tadi.. ia akan jadi sama panjang...
sekarang jahit untuk cantumkan kedua2 helai kain tersebut... pada tempat yg ditindih tadi. FG = FC

Siap!! sarung dan letakkan bahagian kedut tadi di bahu.. pin kan... selesai.

abaikan model tak berbayar ni

Salam Sayang,
 Mama FaizFarisFarah
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*
 Jannah || Pengedar Shaklee Ulu Kinta, Ipoh, Perak || MALAYSIA & INDONESIA

1 ulasan: