Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Selasa, 23 Disember 2014

Diet Atkins untuk ibu menyusu... susu jadi racun?

 sejak berat yg tak terbendung ni... kita cuba lah kurangkan berat since anak pun dah setahun 4 bulan.. so saya pilih diet atkins... jangan tersilap plak ye...  saya tahu banyak pandangan negatif jugak pasal atkins diet ni... low carb, high fat diet... tapi sebenarnya atkins diet ada 4 fasa. the most yg org dok bising2 tu adalah tentang fasa 1 atkins.. yg dicadangkan 2 minggu masanya. boleh dilanjutkan kepada 6 bulan atau 2 tahun ikut tahap kesihatan individu...

tapi bila cakap pasal atkins diet ni boleh diamalkan oleh ibu menyusu anak... jangan ghairah sangat nak turun berat dengan cepat ye!!! sebabnya.. diet fasa 1 adalah diharamkan kepada ibu menyusu!! kenapa? ini persoalan saya masa mula2 study pasal atkins diet. kita kan boleh makan banyak... cuma makan yg boleh diamalkan dalam atkins.. kalau jumlah kalori cukup apa masalah nyer????

inilah masalahnya kalau excited sangat nak kurus... u pilih... u sayang anak atau sayang body sendiri je??? saya sayang dua2nya... jadi apa masalah atkins diet ni??
  1. masalahnya kalau kita buat fasa 1. induction. dlm fasa ni hanya boleh makan 20g carb dari sayur2an sahaja... 
  2. fasa 1 ni kena amik protein dan lemak dengan lebih banyak utk tampung nilai kalori yang diperlukan badan.
  3. fasa 1 ni semua atkiner akan sedaya upaya untuk dptkan ketosis.. kalau tak tak dapat ketosis maka sia2 je la buat fasa 1 atkin diet. sebab matlamat fasa satu ni untuk dptkan ketosis.. keadaan di mana badan gunakan tenaga dari lemak... bukan dari karbohidrat.. 
  4. bila kurang amik karbohidrat.. dengan sendirinya nilai kalori yg kita ambil seharian akan berkurang. at least mest bawah 1700 cal sehari.
JADI WHAT'S THE PROBLEM? bukan problem tapi problems!
  1. bila kita makan kurang karbohidrat, susu kita akan kurang pekat.. tak kenyang.. --> banyak ibu kata.. anak saya ok je.. menyusu mcm biasa (kira ok la kalau yg OK tu kan?? ok ke?)
  2. bila ambil protein dan lemak tinggi, maka kandungan susu badan juga tinggi protein dan lemak... anak kita kecik lagi... buah  pinggang dia sangat muda lagi.. kita dah suruh dia bekerja keras ke? anak baru pandai guling2 kita nak paksa dia berlari ke mommies??? ( ok la tu cepat sikit perkembangan organ anak... ok kan? ok ke??)
  3. ketosis... menghasilkan ketone... katanya.. ketone ni menjadi toksik dalam susu.. nak bg anak minum susu beracun ke? ( mak aih kasar nyer bahasa !!!! )
  4. kurang pengambila kalori di bawah 1800 cal akan menyebabkan susu ibu akan kering... ( eh.. saya lepas minggu ke 3 susu keluar balik la... ok kan? ok ke???)
 kat sini la yg membuka mata saya... sebab pada awalnya kita tak kisah sgt susu merudum sebab may be kita boleh tingkatkan pengambilan kalori dengan menu atkins, susu mmg boleh ke asal.. kita boleh ambil supplement utk tambahkan khasiat susu.. tapi kalau supplement tu bekalkan karbohidrat tentu2 la atkinner fasa 1 ni takkan amik.. kecuali dia cheat..cheat means u bukan atkin fasa 1 la.... tapi yg tak boleh diterima ialah SUSU TU BERTOKSIN a.k.a BERACUN!!!!!! sanggup ke? selain dia tinggi protein yg meyusahkan anak kita utk proses bahan tu dalam badan kita, kita siap bagi beri risiko susu bertoksin ke? susah saya nak terima.. tapi tak pe la... anak masing2. tak tau tak pe la.. tapi kalau dah tau tu mungkin boleh fikir 5-10 kali kot...

owh ada lagi satu alasan... anak saya ni campur formula milk dengan breast milk.... agak2 korang boleh ke? as long as u bg susu badan baby still terima susu yang ***** tu kan. tak nak cakap lelebih.. sebab saya pun takut... so kalau nak buat atkins fasa 1 lebih baik stopkan breastfeed. tapi adakah itu yg terbaik? itu maknanya sayang bodyje.. tak cakap lelebih.. nanti hangat hati plak.. org mencemuh saya plak dlm hati depa atau komen terus... huhuhu.. bukan nak pertikai, hak masing2 cuma nak bgtau je.. sesetengah org tak amik tahu...

 so nak beratkins tak de masalah.. but jump terus ke fasa 4 paling selamat. fasa 3 boleh buat kalau penghasilan susu bagus.. tak terjejas. tapi penurunan lambatla skit.. tapi percaya lah tetap akan turun jugak... cuma tak secepat fasa satu yg dalam sebulan boleh cecah lebh 10kg hilang tu...

kenapa fasa 3 atau 4? sebab dalam fasa 4 kita boleh ambil karbohidrat lebih daripada 20g. bila kita ambil karbohidrat lebih dari 20g maka ketosis tak berlaku.. maka tak de ketone yg ditakuti akan meracuni susu ibu... tapi susu masih berprotein tinggi. jadi digalakkan mulakan diet atkins selepas umur bayi 6 bulan dan baby dah mula ambil solid food.. tak bergantung 100% pada susu ibu. tapi massih tak boleh buat fasa 1!!!! fasa 3/4 ye. apa beza fasa 3/4? yg beza ialah berapa banyak karbohidrat yang kita ambil... fasa 3 kuantiti karbohidrat yg dibenarkan kurang daripada fasa 4.  kalau susu tak merudum boleh start fasa 3, kalau merudum tingkatkan karbohidrat... tapi KUNCI UTAMA: TAK BOLEH AMBIL GULA masih lagi diguna pakai.. karbohidrat ambil dari sumber tenusu, bijirin, roti, gandum, nasi..tapi kena sukat.. bukan main bantai je... yg penting  SAY NO KEPADA GULA!! nak manis gunakan stevia.. tapi kalau dah biasa tak amik gula.. tak perlu pun stevia tu...

kenapa tak boleh gula? gula akan menyebabkan penurunan lambat even masih dalam kuantiti karbohidrat yg dibenarkan.. ia boleh menyebabkan berat tak turun.. atau boleh naik balik jika kita ambil kalori banyak hari tu..

so dalam diet atkin fasa 3dan 4 ni.. kita kena hati2 sikit dengan nilai karbohidrat dan juga nilai kalori.. kekadang makan sedap.. diet ke laut.. ingat say NO to GULA!! kalau rasa manis gula tinggalkan lah..

saya tak la pandai sgt atkins.. so entry ni utk peringatan diri sendiri.. sebab tu berkobar2.. kkakakkaka. so untuk saya pastikan susu saya mantain dlm fasa 4 atkin diet ni. saya pastikan ambil set shaklee 3m. vita lea, b complex, vita c, ostemarix, alfafla, ESP tambah dengan lecithin... sebab takut makan banyak sgt lemak... so far ok. penurunan minggu pertama 2 kg. kira ok la.. sebab sentiasa kenyang... tak lapar. sebab sentiasa makan... makanan yg dibolehkan dalam atkins la ye... kawal kuantiti karbohidrat..

dan paling best saya sekarang rasa tak susah nak prepare meal sendiri... makin rajin le ke dapur masak healthy food. pas tu kita aware dengan apa yg kita ambil.. this first week adalah minggu sapa cuba beradaptasi dan belajar.. belum serious buat atkins lagi sebab dok cheat ambil makanan manis.. tapi saya nampak.. bila makanan manis saya mbil banyak.. mmg berat akan statik dan ada kala naik... tapi kalau clean.. tak ambil manis.. cantik je berat turun...

apa2 pun it's too far lagi perjalanan saya.. cuma ini adalah coretan untuk peringatan kepada diri sendiri!!

 oh ya.. sangat mengujakan kalau berdiet kita guna apps myfitnesspal untuk monitor pemakanan, progress inchloss, weight loss, nutrition.. sangat sangat best. dan kita akan alert dengan body sendiri.

p/s : ada org kat rumah ni amalkan cinch shake ddah turun 9 kg dengan 3/4 tin jer... jelouse mak..

Salam Sayang,
Mama FaizFarisFarah

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*
 Jannah || Pengedar Shaklee Ulu Kinta, Ipoh, Perak || MALAYSIA & INDONESIA

4 ulasan:

  1. salam sis, blh explain detail sket x?kenapa susu tu jd racun ek? ketosis tu plak camne? br ingat nak buat diet atkin

    BalasPadam
  2. tq for sharing info, memang nak sgt turunkan berat badan sebab tak selesa dengan keadaan sekarang. Apapun syukur masih fully breastfeed dan inginkan yg terbaik buat baby

    BalasPadam
  3. tu la..takut berat badan naik lps deliver nanti... tp sbb xpenah pun beratkins utk prev 3 anak b4 ni.. sbb diorg fullf bf je... tq bg clear info :-)

    BalasPadam