Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Sabtu, 20 September 2014

Mak Ayah bimbang anak obes... takkan nak bagi makan ubat kurus!!

assalamualaikum... :D memalam ni saya memang la jarang2 dpt mencelikkan mata... keazaman tak cukup kuat kot.. tdokan baby.. ngan mak baby sekali lena... tp cuti2 sekolah ni kurang la sikit beban mengantuk dan penat tu kan... then cuti2 sekolah ni teringin nak ada SOHO mmg berkobar2.. teringin nak jadi WAHM tu lagi la membuak2... seronoknya... tak pe.. beranilah utk bermimpi.. mimpi akan jadi kenyataan..


esok gamaknya nak kena ke area KL nak tengok biras dpt baby baru.. so malam ni bertekad nak update blog jugak jugak.. lamadah tak update. so bila si kecik tu dah tdo. mama masuk poket handphone, amik botol putih tu masuk poket, bencuh kopi lingzhi dlm mug putih tu, dan capai labtop putih tu... setting my SOHO hahahha SOHO sgt.. atas meja kopi yg dah usang tu..

kopi tu nak celik mata.. botol putih tu ada minyak zaitun+ vita e complex dlmnya.. nak lumur kat muka..  memalam boleh la.. sesiang nanti en husband cakap apsal muka bau minyak ni. adess ye la badan dah la gumux sgt kan.. takkan nak biar muka pun dull jugak.. so kena ikhtiar la rajin sikit (sebab malas banyak).. kekeke intro pjg giler tak de dlm isi utk tajuk entry pun.

sebenarnya nak cerita pasal mealshake... sinonim sangat ngan kanak-kanak.. walaupun hakikatnya orang dewasa pun patut amik mealshake... :D offer mealshake buy3 free 1 ni sangat mengujakan sebenarnya.. biasanya offer buy 6 free 1. yg tu of course la distributer je yg beli utk dpt lebihan untung kan.. tapi kali ni banyak ibu-ibu dan bapa-bapa yg amik keputusan nak grab offer ni. 4 canister kalau seisi rumah minum memang berbaloi-baloi ..

so disebabkan offer tu ramai la nak tau kelebihan mealshake ni kan. banyak dah entry cerita kelebihannya.. so kita tgk dari isi rumah saya plak yer.. yang amik mealshake dalam rumah ni ialah mama, abg long dan abg ngah,, baby lom lagi la amik walaupun hakikatnya dah boleh dah.. cuma mama musykil nak campur ngan apa nak baby tuh.. :)

  • mama amik mealshake campur ngan ESP dan Performance utk sarapan pagi yg sihat dan cepat.. rasa ala2 yogurt gitu sebab ada performance yg rasa oren, mealshake rasa vanila yg sedap.. kekadang mama tambah stevia(bukan produk shaklee). bagi rasa manis skit...(setitik je pun). biasanya hari akan rasa lebih bertenaga dan ceria

  • abg long mama sediakan mealshake utk sarapan pagi.. biasa shake ngan milo tapi sekarang shake ngan tamar cocoa (juga bukan produk shaklee). so itu lah sarapannya utk pegi sekolah agama sebelah pagi.. alhamdulillah sekarang setelah beberapa minggu amalkan abg dah tak kuat makan macam dulu... nafsu makan mmg tak leh nak sekat la sbb dah sebati kot.. tapi tgk kuantiti dia makan dah mula kurang.. makan nasi pun dah tak nak banyak.. siap sound mama.. "abg nak nasi sikit je ye mama.. abg diet" kikiki kalau dulu ayat time tgk makanan sedap "abg gemuk pun tak per"...
  • abg ngah mama masukkan dalam susu setiap pagi.. minum susu botol lagi anak bujang mama ni.. itu je la sarapan pagi dia. nanti kat sekolah baru makan. dulu abg ngah ni kalau nak membuang cukup la siksa.. najisnya ketul2 mcm tahi kambing.. bercinta dalam toilet tu nak tunggu dia habis membuang.. tapi sekarang dah tak de sembelit dah.. setiap hari mesti membuang.. cuma bab bercinta kat toilet tu dah jd trade mark dia.. kikiki

 jadi kesimpulannya.. mealshake ni bukanlah utk org yg kurus sahaja.. anak2 yang tak mahu makan sahaja... bukan,.. ia lebih luas.. sebab mealshake adalah minuman multivitamin. sediakan zat yang diperlukan oleh badan.. bila badan kita dah cukup zat baru lah sistem berfungsi dengan baik.. yang picky eater berselera tgk makanan, yang asyik nak makan jer dah makan orang lain.. yang sembelit, dah selesa, yang berat tak nak naik mula naik beratnya .... jadi bagi yg tak suka telan pil vita lea yg besar katanya tu..ambillah mealshake.. badan kita perlukan vitamin dan mineral yang seatutnya.. kita makan tak jaga.. sayur dan buahan jarang amik, portion pun tak betul.. masak sampai hilang zat... so inilah cara nak dptkan multivitamin mineral yg organik bukan yang sintetik (tiruan)

apa2 pun feel free dptkan konsultasi dari team kami. whatsapp@wechat@telegram jer.. kita akan reply secepat mungkin dalam keadaan yg selesa..;)

Salam Sayang,

 Mama FaizFarisFarah

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*
 Jannah || Pengedar Shaklee Ulu Kinta, Ipoh, Perak || MALAYSIA & INDONESIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan