Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Khamis, 21 Ogos 2014

tak sedar pun,... tetiba kurus

Tak berani nak naik penimbang
yang kurus tak biasa kot mende-mende macam ni.. yang badan comel gebu pernah kot ada perasaan cam ni.. ekkekeke... terutama kalau waktu kita sedang cuba nak turunkan berat badan.

bila rasa badan macam ringan dan baju mcm dah besar skit.. memang la teruja nak naik penimbang... tapi kalau rasa macam terlebih makan.. macam hari raya ni... hahhaha tobat tak nak naik penimbang sebab takut down sesangat nanti....

kita, orang yang mudah naik berat susah nak turun ni.. cam tu lah.. struggle nak turunkan berat. nak naik senang jer... bila orang tanya macam mana nak turunkan berat ni? ada macam2 caranya.. tapi yang basic tetap sama...
1. kurangkan makan
2. jangan makan malam
3. minum air banyak

cubalah tanya apa produk pelangsingan pun... mesti 3 syarat ni ada. walaupun iklannya "kurus tanpa perlu berlapar", "tak sedar pun,... tetiba kurus" kekkekekekke cuba selidik cara kerja semua produk pelangsingan tu.. walaupun dia tulis "sapu je dah kurus. tak payah diet pun".
sapa yang tak nak kurus semudah itu kan???? tapi sesungguhnya tak de la mudah sangat mcm dlm iklan....

cuba selidik atau tanya orang yg beri testimoni tu cara pemakanan dia... cara dia boleh turun sampai puluhan kilo... kita akan jumpa jawapan.." saya kenyang.. jadi tak makan sangat", "saya minum air banyak, jd tak rasa lapar", "saya tak makan nasi, makan malam sebelum jam 7", "saya buat exercise skit2", "saya sapu 3 kali sehari, tambah jalan kaki dan naik turun tangga, berpeluh2"

tak de yang mudah.. iklan je yg mudah. semua kena ada usaha... semua kena ada tekad. TEKAD. itu yg belum saya dpt... saya belum berjaya nak bertekad tak makan malam.. sebab ada bisikan lain plak yg dtg "nanti tak cukup kalori.. anak nak susu" isk isk isk serba salah.. tapi kalau dihitungkan hakikatnya itu semua alasan jer kot.. bulan puasa ok jer... makan sekali sehari je waktu berbuka. hiii please jangan bagi alasan lagi...

bila nak mula? jom kita mula HARI NI!!!!!! tak payah poyo sgt azam nak pakai baju kebaya la deh.. kita azam nak sihat.. sebab apa, badan dah mula meragam sana sini, sakit sana sini, jadi badan kena kurus.. baru sihat.. badan ni pun bukan kita punya.. pinjaman, jadi kena jagalah elok-elok...

so jom kita plan diet harian...

1. saya akan makan sarapan pagi - minm cinch shake atau minum 3gem atau makan roti 2 keping - atau bihun goreng atau nestum oat coklat shake...
2. saya akan makan tengah hari - suku pinggan nasi lebihkan lauk dan sayur @ bihun sup @ apa makanan tapi kuantiti separuh dari biasa.
3. saya takkan makan malam... atau saya ambil cinch shake sebelum jam 8 mlm.
4. saya akan sapu krim pelangsingan selepass mandi dan sebelum tdo (tak tau ini membantu ke tak)
5. saya akan pakai korset utk pembentukan badan dan sokongan yg lebih baik.
6. saya akan amalkan lecithin dan alfalfa slepas mkn tgh hari dan sblm tdo
7. saya mesti minum 4 liter sehari.

raya tahun depan mesti saya kurus (kalau tak preggy) kekekekke ada hati lg tuh!!

jom SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT!

nak order cinchshake, lecithin dan alfalfa? klik link dibawah utk pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8e4b04b37c4cf6dcb568578085893ead

terdapat 3 perisa cinch shake... buang tanda pada cinch shake yg anda tidak perlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan