Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Khamis, 19 Jun 2014

Set Penyusuan MENIPU!

Selalu sangat soalan ni keluar...
"confirm ke kak lepas makan set ni susu jd banyak!"

atau penyataan ni keluar ..
" saya dah amik set penyusuan paling lengkap dah... tapi susu saya mula2 banyak pastu kurang dan terus kering!"

cheer beb... betul.. saya jual set penyusuan dari yg harga rm50++ sampai la yang rm500++. tapi satu set pun tidak akan janjikan berkesan 100% meningkatkan pengeluaran susu. kami pun tak cakap ini produk confirm susu jd banyak... kena faham bebetul.. saya jual supplement. makanan tambahan yang berbentuk vitamin dan mineral organik.. bukan sintetik(dari campuran bahan kimia).

apa yg kami cadangkan ialah produk utk menampung keperluan badan yang mana akan memastikan badan cukup zat utk menghasilkan susu. dan penghasilan susu badan bukan suatu proses yg mudah. Jika yg sudah ada banyak susu, maka ibu akan cuba kekalkan penghasilan susu.. bagi yang mula merudum penghasilan susu akan cuba banyakkan susu... tapi makan supplemen sahaja tidak akan membantu 100% menghasilkan susu..

SID anda akan berikan garis panduan utk banyakkan susu. jika mereka tak sertakan semasa pembelian, puan-puan boleh la bertanya.. mungkin terlepas pandang.

syarat utk banyakkan susu:
1. jadual pengepaman yang konsisten
2. diet yang seimbang
3. kesihatan fizikal dan mental
4. berserah kepada tuhan utk rezeki susu

produk shaklee cuma cover syarat no. 2 sahaja. sedangkan ada 3 syarat lain yg wajib anda penuhkan...
1. kena pastikan jadual pengepaman yg konsisten. kalau susu merudum atau terlepas buat sesi pengepaman kena lah qada' dengan power pumping.
2. pastikan sampai kosong cik B bila pump.
3. pastikan minum air banyak
4. pastikan tak amalkan diet ketat
5. pastikan sihat
6. pastikan tidak streaa
7. pastikan berdoa dikurniakan susu yg meriah....

jika semua kita buat dengan bertekad dan bersungguh tapi masih tak de hasil.. maka redha lah kita. rezeki susu tu kita tak dapat.

saya jumpa mommy yg sedih susu sikit... tapi
1. tak amik apa2 supplement atau makanan yg menambahkan susu
2. minum kopi, teh nescafe pagi, tgh hari, ptg
3. guna single pump.. cik B sebelah lagi basah bila sebelah di pump
4. tak sungguh nak pump. baut power pumping.. bila susu dah mula banyakk.. dia culas... baru penuh sebotol.. dah kata ok lah.. cukup la ni.. sedangkan masih ada susu yang keluar kalau di pam...
5. telah pun set kat minda nak bg susu tepung...

so nak salahkan rezeki tak de ke? so diri kita, kita saja yang tau.. alasan atau usaha kita sendiri yang tentukan. saya doakan semua mommies yang baca ni dikurniakan susu yang banyak dan dipermudahkan perjalanan penyusuan anak kecil kita .. hak mereka utk susu ibu.

salam sayang,

Mama faizfarisfarah

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*
 Jannah || Pengedar Shaklee Ulu Kinta, Ipoh, Perak || MALAYSIA & INDONESIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan