Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Khamis, 26 Jun 2014

kolesterol LDL vs fitosterol : jahat vs baik



FITOSTEROL Lemak Penurun Kolesterol

Kolestereol dikenal sebagai lemak penyebab penyakit jantung. Terdapat dua jenis kolesterol, iaitu kolesterol baik (HDL), ada juga kolesterol jahat (LDL). Namun ada juga lemak anti kolesterol yang dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah, iaitu Fitosterol.

Jahatnya Kolesterol

Tingginya kadar kolesterol jahat (LDL) berkaitan dengan peningkatan kejadian aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah). Keadaan ini merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung koroner (PJK) dan stroke. Kedua penyakit ini merupakan  pembunuh utama di negara maju dan berkembang.

 Kadar kolesterol dalam tubuh dapat dipengaruhi oleh penyerapan kolesterol dari makanan sebanyak 15 % dan pembentukan kolesterol dari dalam badan sebanyak 85%. Kolesterol terbahagi kepada kolesterol baik dan kolesterol jahat. Kolesterol jahat memiliki kadar lipoprotein yang rendah (LDL). Jika kolesterol baik (HDL) banyak dalam darah, maka ia dapat mengurangkan berlakunya aterosklerosis.

 FITOSTEROL

Tidak seperti kolesterol, Fitosterol merupakan jenis lemak yang berasal dari sumber makanan tumbuhan yang mempunyai struktur dan fungsi yang hamper sama dengan kolesterol dalam tubuh manusia. Fitosterol juga dikenal sebagai sterol tumbuhan iaitu kumpulan steroid alkohol, fitokimia yang ada secara semulajadi di dalam tumbuhan dan tidak ada pada tubuh  mamalia.

 Walaupun sama dari golongan lemak, fitosterol memilki fungsi yang berbeza dengan kolesterol. Kolesterol merupakan jenis sterol yang berasal dari haiwan yang dapat meningkatkan kadar kolesterol plasma darah, khususnya bagi penderita hiperkolesterolemia. Sedangkan fitosterol adalah sebaliknya karana dapat menurunkan kadar kolesterol darah.

 Fitosterol mampu untuk bersaing dengan kolesterol dalam penyerapannya di dalam usus. Kadar fitosterol yang tinggi dalam usus kecil, terbukti berperanan untuk menghalang penyerapan kolesterol melalui mekanisme kompetitif(persaingan). Ini bermaksud, jika terdapat fitosterol maka badan lebih cenderung untuk menyerap fitosterol daripada kolesterol. Akibatnya kolesterol tidak diserap seterusnya dibuang oleh badan. Persaingan ini mengakibatkan berkurangnya jumlah kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh.

Mekanismanya adalah melalui fitosterol dalam bentuk micelle akan bergabung dengan molekul asid lemak bebas, monogliserida dan hempedu yang akan diserap oleh mukosa sel usus kecil. Fitosterol dapat mengurangi kolesterol pada manusia hingga 50 %. penyelidikan kesan fitosterol pada haiwan dan manusia menunjukkan bahawa fitosterol dapat menurunkan kadar kolesterol total dan LDL. Pengambilan fitosterol 2 gram (2000mg) sehari dapat menurunkan kadar LDL kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
 
Selain menghalang penyerapan kolesterol, fitosterol juga bermanfaat sebagai anti pembentukan plak dalam pembuluh darah, anti radang, anti jamur, anti oksidan dan anti kanser.


supplemen shaklee yang membekalkan 2g fitosterol ialah Phytocol-ST.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*
Jannah || Pengedar Shaklee Ulu Kinta, Ipoh, Perak || MALAYSIA & INDONESIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan