Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Khamis, 19 Jun 2014

BANYAK SANGAT EBM sampai tak muat peti sejuk!

ye keadaan ni memang ada mommies yang hadapi jugak bila susu banyak... dan stok jadi lagi banyak bila baby plak kurang menyusu di rumah pengasuh....

saya pun masa mula2 kerja dulu pun hadapi masalah tu... peti ais sederhana besarnya...  so stok simpan kat dalam freezer je.. bila dah penuh, suami dah mula bising sebab tak boleh nak isi barang lain.. semua susu je. ( sebab selama ni peti ais tu kosong je.. hahhaha)

saya pulak dok fikir nak beli deep freezer supaya boleh simpan susu banyak dan masa lebih lama.... tapi bila difikirkan mana nak letak deep freezer tu? yg kecik pun tak berapa nak kecik sangat  la kan... apa yg jadi seterusnya adalah aturan Allah yg maha kuasa... peti ibu mertuaku rosak.. tak sejuk. ngam2 masa start hantar raudhah.. terpaksa  susu raudhah kena simpa dalam cooler box. sebab nak kena bertahan 12 tgh hari - 7 mlm.

so akhirnya... suami decide kita beli peti besar... 600 liter.. so freezer dia besar skit. peti ais kt rumah tu bg kat mak dia... ok la tu. settle 2 masalah. kemudian.. ternampak post kat fb oleh ajasu (penjual medela pump yg saya beli tu). dia kata tak nak simpan banyak2 stok sebab nanti jd malas nak mengepam.... owh saya dpt idea... sebab sebenarnya raudhah tak berapa suka susu dari freezer tu....

jadi nyer.. saya cukupkan stok dalam freezer tu khas utk kes2 luar jangka. mcm demam, puasa, susu kurang. seterusnya saya akan pam hari ni utk esok... cuma dalam 4 botol yg saya hantar tu 1 je dari freezer. supaya susu dlm freezer tu pun bergerak la tarikh dia... maksudnya.. saya turunkan 1, saya freezekan yang baru lagi 1. so setiap hari ada satu yg baru dan turunkan yg plg lama...

So.. raudhah pun minum susu dengan lebih banyak. berbanding hantar semua frozen.. mmg ada ibu2 yang hantar frozen kat pengasuh.. atau hantar stok yg mmg beku simpan dalam peti sejuk dia.. tapi bagi saya sgt sukar nak tau berapa banyak anak kita minum. sebab tu saya hantar siap utk 4 kali minum.. jd boleh  tau berapa banyak dia minum.. berapa botol dan berapa oz dia minum.. mak mertua saya akan bagitau kalau sukatan tu dah tak mencukupi utk raudhah... masa 5 bulan raudhah minum 4 oz.. lepas tu 5 oz.. skrg 6 oz... alhamdulillah.. syukur sebab dpt hantar cukup susu setiap hari.. so saya pastikan saya mesti dpt pam 15-20oz sehari utk stok raudhah esoknya...

jadi sesi pam susu jd tetap dan saya tak boleh leka... banyak ibu2 yg mengadu susu tak de.. dan ada yg depan mata yg sah2kan perbuatan dia mmg merudumkan penghasilan susu.  nanti kita bincang pasal susu kurang.. sekrang nak bincang pasal terlebih susu...

ehsan: karipapsayur


mungkin ada ibu2 yang fikir nak kurangkan stok ebm sebab dah melimpah ruah.. saya syorkan:
1. jgn ambil kafien dan minuman bergas utk kurangkan susu. sebab ia bukan sekadar mengurangkan susu malah kandungan kafien yg berlebih tu akan juga ada sikit dlm susu kita... setakat secawan sehari may be no harm.. kalau byk mungkin patut kurangkan...
2. lebih baik buang stok EBM daripada kita kurangkan penghasilan susu badan.. kalau susu banyak, kita buang EBM pun tak pe la... boleh buat stok baru lagi dengan susu badan yang lebih fresh... berbanding kurangkan pengeluaran susu.. bila susu kurang bukan senang nak banyakkan balik... saya takut anda menyesal je..
3. hantar ke rumah pengasuh susu fresh supaya baby minum banyak....
4. sedekahkan stok EBM tu pada anak saudara jika ada yang memerlukan.. mungkin boleh jadi ibu susuan (yg ni saya tak pasti, kena tanya yg arif). Rasulullah pun ada 2 orang ibu susuan.

ok.. nak siap2 gi keje... nanti update lagi k..

salam sayang

mama faizfarisfarah


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*
 Jannah || Pengedar Shaklee Ulu Kinta, Ipoh, Perak || MALAYSIA & INDONESIA

1 ulasan:

  1. Saya ada menyediakan perkhidmatan SERVICE & REPAIR barangan electric seperti ...Peti Ais,Mesin Basuh,Freezer,Chiller kedai....termasuk Installations,buka dan pasang Aircond unit Baru/lama. Sila hubungi Azman 019-3847890/016-6245043.tq

    BalasPadam