Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Ahad, 16 Mac 2014

MILK BOOSTER : makan milk booster confirm susu akan banyak ke??

Assalamualaikum.....

Bab penyusuan ibu ni mmg selalu la saya update sekarang sebab topik ni sangat dekat dengan saya.. blogger menulis apa yg dekat dengan diri sendiri la kan... hehhe i le tu orgnya.

Masa awal2 pembabitan saya dengan Shaklee saya mmg banyak promote set kurus (sebab saya tak nak berat saya naik, tp saya boleh dapat kesuburan untuk mengandung). dan juga saya promote set penyusuan. sebab pada masa tersebut bagi saya shaklee sangat dekat dengan penyusuan ibu.

so ramai sangat yang tanya,
 "kalau saya makan set ni confirm ke boleh tambah susu saya?  "
" anak saya dah 6 bulan, ada tak testimoni yg berjaya bila anak dah amalkan makanan pejal"
" saya dah jarang menyusukan baby direct, makan set shaklee boleh kembalikan ke susu yg banyak"

hohoho nak jawab? saya kurang pengalaman masa tu, saya tak menyusukan anak sepenuhya sebelum ni. banyak halangan yg mengecewakan, ilmu yang cetek, ketidaksediaan diri, kurang kesedaran adalah faktor kenapa saya tak full BF anak lelaki saya yang 2 orang tu.
 anak2 saya sebelum ni, saya campur susu formula bila di rumah pengasuh dan bila keadaan memerlukan.

so saya hanya  jawab mengikut pembacaan saya sahaja... masa tu puas la menelaah blog upline yg penuh dengan penyusuan ibu.. (tp blog upline skrg pun tak update pasal penyusuan ibu sangat sebab dah tak menyusukan,,, ;D )

So sekarang saya mengalami keadaan itu sendiri dan juga bersama rakan2 lain yg mempunyai anak yg lebih kurang sebaya dengan raudhah...

ye apa yg boleh dikatakan ialah itu semua rezeki dari Allah, ada orang dah mencuba dan berusaha tapi masih tak mampu menghasilkan susu yg banyak untuk fully BF. Golongan yg ni saya pun bersimpati, tapi tak pe lah.. kita dah berusahakan.. nak wat cam mana Allah yg tentukan..

tapi ada juga golongan yang sebenarnya tak habis usaha... cepat give up menyebabkan susu merudum dan merudum.. tak cukup motivasi mungkin, kekangan tempat kerja, kekurangan modal dan sebagainya.. bab kurang modal tu, susu formula mahal wei.. skrg ni, nak ikutkan kos supplemen diri dan beli pump utk kumpul stok bg ibu bekerja tak semahal kos menanggung beli susu formula.

1 je jawapan saya sebenarnya... supplement bukan ubat.. jadi set penyusuan shaklee adalah set utk menampung keperluan zat dalam badan supaya badan kita mudah menghasilkan susu dengan banyak... set penyusuan shaklee BUKAN UBAT TAMBAH SUSU. makan terus susu banyak.. bukan macam tu.

kena belajar prinsip supply n demand
kena faham keperluan tubuh
kena tau macam mana nak rangsang badan kita utk hasilkan susu
kena sediakan keadaan dan peralatan yg selesa dan membantu merangsang penghasilan susu dengan baik.
kena kuat semangat.. tak pe la kita menangis sama masa baby menangis tapi biarkan tangisan itu buat kita bersemangat utk berusaha bukan buat kita depress dan tak nak usaha..

apa usaha2 nya ? nantikan entry seterusnya... hahhah mama hari ni free sebab en, hubby gi bersuka ria join kayuhan link ke dua jambatan penang..


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.*
 Jannah || Pengedar Shaklee Ulu Kinta, Ipoh, Perak || MALAYSIA & INDONESIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan