Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Jumaat, 12 Julai 2013

GLA COMPLEX: Period dan conceive

 Hari ni nak sembang2 je pasal GLA complex dan juga pengalaman customer yang makan GLA ni as supplement.

Ramai kawan-kawan yang saya syorkan mengambil GLA ada 2 sebab. yg pertamanya, mereka mengalami masalah senggugut yang teruk. Dan keduanya, mereka ingin ikhtiar untuk mendapat cahaya mata. so saya sekadar berkongsi pengalaman mereka di sini.

seorang customer saya mempunyai masalah senggugut yang teruk tahap guling2 la orang kata. sampaikan beliau sendiri menjadi takut bila hampir masa utk period. tak dapat nak bayangkan macam mana nak megharungi hari2 dengan senggugut tu. so beliau telah pun ambil keputusan untuk consume GLA COMPLEX Shaklee. Alhamdulillah, skrg dia tak risau dah nak period lagi sebab senggugut nya dah berkurangan dengan banyak. dan sekarang beliau ingin berikhtiar untuk mengandung. dan saya cadangkan supaya ambil GLA Complex ni pada hari 1-14 kitar haid sahaja.

Sama seperti ipar saya pun ada masalah senggugut, kitar haid tidak teratur dan dalam masa yang sama ingin ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. untuk kes mendapatkan zuriat, saya suka mencadangkan untuk mengambil GLA pada hari 1-14 kitar haid sebagai persediaan rahim dan tubuh untuk waktu subur. selepas hari ke 14, saya galakkan mereka mengambil Omega Guard sebagai persediaan untuk persenyawaan. Omega Guard dapat membantu telur mudah ditembusi oleh sperma dan meningkatkan kebarangkalian persenyawaan berjaya dilakukan.

pengalaman ipar saya, bermula beliau consume GLA Complex, perkara pertama yg terjadi ialah periodnya banyak dan panjang dari biasa. biasa beliau cuma period dalam 4 hari saja sudah kering. tapi kali ni menjangkau 7 hari. dan Alhamdulillah walaupun period yg lebih panjang dan banyak, tiada senggugut yg teruk pun beliau alami. Pada pendapat saya, hal ini terjadi sebab selama ni period tidak keluar dengan baik, mungkin agak sempit saluran utk darah  keluar menyebabkan senggugut yang teruk dan period sedikit dan jangka masa yang pendek. Keduanya periodnya semakin stabil dan tepat 28hari setiap kali kitaran. Syukur mendengarnya. Allah maha berkuasa, kita hanya berusaha. Tapi bulan yang terbaru ni kitar haid beliau menjadi agak panjang sekitar 34 hari.

Saya nak cerita pula pengalaman rakan-rakan saya yang mula ambil GLA dan Omega walaupun tiada masalah dengan period. berbeza pula ceritanya. Tujuan yang sama, iaitu untuk ikhtiar mendapatkan zuriat. 3 orang mempunyai cerita yang sama. rakan-rakan saya ni, period mereka memang cantik, tak de masalah dan kitarnya tetap. tapi apabila mengamalkan b complex, GLA dan Omega seperti yang saya sarankan, kitar haid menjadi lebih panjang. dari 28 hari, ia menjangkau 34 hari - 36 hari yang rata-rata menimbulkan kegusaran dan kegelisahan. mana tak gelisah kan, bermain di fikiran, aku ni mengandung ke? eh macam tak kot.... huhuhuhu saya sendiri mengalami pengalaman yang sama sebelum ni. Alhamdulillah, rakan saya yang paling lama mengambil B complex, GLA dan Omega telah pun disahkan positive mengandung. Apa yang perlu ialah kita berdoa, bertawakal dan jangan putus asa.



Dalam hal mendapatkan zuriat, saya memang suka syorkan pasangan mengamalkan solat Dhuha sebagai amalan menjemput rezeki kita. Allah yang memberi rezeki, kita yang berusaha. Jadi, tips ringkas dari saya hari ini, untuk mereka yg sedang berikhtiar mendapatkan zuriat:

  • amalkan solat Dhuha
  • ambil b complex sebiji sehari sebagai supplemen asid folik yg sangat penting utk ibu mengandung dan yang ingin mengandung. Doktor pakar yg saya temui mencadangkan supaya mengambil Asid folik seawal 3 bulan sebelum mengandung dan berterusan sehingga kelahiran.
  • ambil GLa Complex hari 1-14
  • ambil Omega hari ke 15-hari datang kitar haid yang baru. 
Jika disahkan hamil, teruskan amalkan B complex sahaja. Makan b complex ni jangan terkejut kalau air kencing warna kuning mcm warna watercolour yer... huhuhuu dia memang macam tu, jadi kena minum air banyak, then warna urin akan kembali ke asal. :)


Sekian dari saya. Salam Ramadhan, Salam Keberkatan. Semoga Rezeki sampai kepada Kita.

Nak daptkan Harga Hebat Produk Shaklee? Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
ID : 877171
sms@ whatsapp : 0195701403
email: jannahshoppe@gmail.com
FB : Nur Maawa
Page FB: Pretty Raudhah (Vitamin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan