Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Ahad, 2 Jun 2013

Saiz coli yang tepat!! Jangan abaikan.. berita baik utk yang plus size!

Assalamualaikum... entry ni tak de kena mengena ngan shaklee.. tapi ada kaitan dengan kecantikan dan kesihatan wanita. Dan yang paling benar, saya nak kongsi kegembiraan saya hari ni selepas tangan melecur kena maggy panas baru keluar dari microwave!!! huhuhu mama oh mama...

actually saya ada keinginan untuk menjahit sendiri brassiere saya sendiri. sebab apa??? sebab susah nak dapatkan saiz dan design yang sesuai dengan saya bila saya di dalam fasa ibu mengandung dan menyusukan anak..... dan even pada fasa yang biasa pun brassiere saya takkan dapat pada harga bawah rm50 sehelai. huhuuh tapi memang sejak anak dara brassiere adalah pakaian saya yang paling mahal... :D sebab mak saya ajar, pakai pakaian dalam mesti yang elok, biar mahal tapi boleh jaga tubuh kita dengan baik.

saya masih ingat semasa anak kedua, saya beli nursing bra dari oversea untuk dapatkan saiz yang tepat, tapi designnya buat saya tak selesa. ada beberapa ciri yang tak menepati citarasa saya bila memakainya... bayangkan ratusan ringgit saya laburkan untuk dapatkan nursing bra dari oversea tapi masih menghampakan. jadi saya takkan buatnya untuk kali kedua...

seminggu ni saya wat googling untuk dapatkan cara buat atau jahit bra sendiri memandangkan saya memang suka menjahit. ok.. saya dapat banyak info dari oversea.. tapi malangnya bila nak menjayakan impian itu..... saya tak tau mana nak dapatkan wire bra dan tetulangnya. saya mungkin kurang ada masalah kalau nak buat bra tanpa wire. tapi utk saiz bra yang besar bg saya underwire sangat penting untuk support dan berikan bentuk yang cantik dan selesa. Dengan mengubah saiz bra anda, anda akan alami perubahan bentuk badan dan saiz baju juga tau!!!

dengan pemilihan bra yang betul, kita akan nampak lebih berkeyakinan dan lebih cantik.
yang ni memang selalu sangat jumpa, guna bra yang tak sesuai, akibatnya nampak lebih gemuk dan nampak lebih besar breast dan langsung tak menarik... lepas guna bra yang sesuai.. even gemuk pun nampak ada shape yg sedap mata memandang kan??????


OK setelah kehampaan itu, saya wat penelitian kepada bra yang saya ada untuk dapatkan perincian dan jalan penyelesaian. saya dapat idea untuk beli saja bra yang ada promosi pada saiz yang paling hampir dengan saiz saya untuk saya gunakan tetulang dan bra wire nya. sebab kalau saya beli dari oversea, sepasang wire berharga puluhan ringgit dengan casing dan tetulang dan harga berganda dengan shipping ke Malaysia.  ( sbb handbag oversea sampai malaysia harganya berganda!!) tak berbaloi langsung.

bila saya bertandang ke kedai lingerie shop. soalan biasa saya ialah Apa cup size paling besar? dan saya dah pun ready dengan jawapan E!! huhuhuu that's not enough for perfection!. hehe saya dah jangka utk grab je saiz 40E atau 42E sbb itu saiz paling besar yang ada. tiba-tiba makcik tu tunjukkan bra saiz saya dengan offer buy 1 free 1. TAPI saya belum gembira sangat pun sebab saya tak pasti ianya tepat dengan kehendak saya atau tidak tapi saya beli juga dua helai sebab memang niat asal untuk modified bra ni.

Bila sampai kat rumah.. terus fitting sekali lagi. WAH memang best sebab it's nicely fit my body skrg. Alhamdulillah... tak yah susah-susah nak jahit. tapi keinginan utk jahit bra sendiri masih menebal dlm hati saya, cuma saya boleh tangguhkan dulu la.... supaya dapat cari material yang baik.

so saya share beberapa brand yang saya tau offer big cup size.
  • triumph 
  • cosway
  • fiori & fiori
semua brand di atas ni senang nak jumpa, bukan butik2 terkenal kat KL jer... so bolehla  serbu outlet diorang utk dptkan bra size cup yg besar. mereka offer sampai G cup biasanya.  Triumph confirm mahal la harga dia, cosway beli masa offer jer kena jadi ahli sebab offer tu utk ahli jer sebab dia guna point. yang fiori ni pun mahal jugak td saya tgk, cuma masa offer free 1 buy 1 of course la jd murah dan termurah dipasaran. cutting cantik.

Panjang sangat dah rasanya entry ni.. nanti saya sambung apa kesalahan orang Malaysia pilih saiz BRA!!! saya baca blog dari Malaysia semua cerita cara pemilihan saiz BRA yang kuno!! sbb tu salah saiz dan bila pakai tak cantik, postur badan pun tak cantik.

Nak daptkan Harga Hebat Produk Shaklee? Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
ID : 877171
sms@ whatsapp : 0195701403
email: jannahshoppe@gmail.com
FB : Nur Maawa
Page FB: Pretty Raudhah (Vitamin)

1 ulasan:

  1. salam puan jannah.. saya sependapat dengan puan.. memang agak sukar untuk mencari bra cup size yang sesuai dgn seseorang yang bebadan gempal.. sekarang saya memakai bra yang pattern sama seperti gambar di atas.. tp yang membuatkan saya sedih, saya susah untuk dapatkan bra jenis tu di erea berhampiran saya..

    BalasPadam