Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Ahad, 2 Jun 2013

Cara ukuran untuk saiz Bra yang sesuai dan baik!

 OK. tak sabar nak wat post ni kesinambungan entry berita baik utk PLUS SIZE bra. huhuhuu

Sebenarnya saya suka tgk perempuan cantik dan dalam keadaan cantik. ok saya pun perempuan, jadi saya cuma suka cantiknya wanita bukan apa2 erk. Jadi tak semestinya perempuan tu kena cantik wajah baru nampak cantik penampilan, tapi cara berpakaian dan pemilihan pakaian yang betul buat kecantikan tu terserlah. Saya memang plus size sejak kecil, walau tak gemuk masa sekolah rendah, saya still plus size sbb body dah mcm model masa sekolah rendah. Dan sebab plus size saya memang dlm kategori low self esteem. mana tak nya... sejak sekolah rendah lagi saya dah ada masalah untuk dapatkan baju dengan saiz yang sesuai, tak cukup panjang adalah perkara paling biasa dan kena beli saiz budak sekolah menengah itu suatu kewajipan. huhuhuhu sedih.

masih saya ingat masa saya mula beli bra, mak saya belikan saiz 34B, itu pun makcik saya kata, eh sama mcm acik punya je... arghhh tension sangat. ok, masa tu tinggi saya 164cm dengan berat 50kg. rassanya ok je kot. tapi belasah je la sebab first bra saya pun dah brand triumph, bukan sebab saya anak org kaya, tp sebab bra yang murah tu tak suit utk saya. Jadi sejak bra pertama saya, saya tak de bra yang murah, malah ia adalah pakaian paling mahal yang saya ada dan kena jaga dgn elok, sbb bukan boleh beli selalu!!!

ok itu cerita masa sekolah rendah ye. tamat. cerita masa dah lepass sekolah rendah cover skit eh... lain plak karang org kata kat saya.

Saya suka tgk yg cantik, jadi saya kesal kalau tgk ramai wanita diluar sana yang mcm tak amik kisah pun pasal pakaian dalam tu. it's not because ia kat dalam je, bukan orang nampak!. no no no no no seribu kali NO. u rasa ia kat dalam, tapi ia terpamer kat luar juga... even pakai tudung. yang small size may be la tak nampak, tapi yg big size.. org nampak dear even u pakai tudung labuh tak nampak figure tapi masih boleh kesan penampilan tu.

apa kesannya kalau pilih bra?
  • nampak layut
  • nampak gemuk
  • nampak tak menarik
  • nampak tak selesa
  • tudung kena lebih besar dan lebih labuh (tp pakai tudung kecik jugak)
  • nampak bongkok
  • nampak perut besar
  • nampak tak de shape
  • nampak sgt tak jaga penampilan diri
  • breast boleh jd cepat sagging
  • postur badan jd bongkok
  • banyak lg yg boleh jadi  tapi malas nak tulis sila lah tanya pakcik google saya ye.. heheh
kenapa selalu salah size?
  • tak tau cara pilih size
  • beli main agak2 je saiz
  • malu nak pilih saiz cup besar sbb rassa standard size cup A dan B je
  • tak jumpa saiz yang fit, jadi ambil yang terhampir walau tak selesa
  • tak nak kuar budget mahal utk bra sbb rasa bra tak penting tapi sanggup beli baju mahal2 sebab orang nampak baju cantik ( baju cantik pun jd tak cantik kalau tak jaga yg dalaman tau!)
  •  malas nak try banyak2 saiz 
  • guna saiz yang sama je even saiz badan dah berubah.
Jadi mari kita pilih saiz yang betul siap2 dari rumah lagi. Cara yang biasa kita jumpa dalam blog kat malaysia dan juga panduan pemilihan bra di Malaysia:
1. ukur lilit bawah dada ( untuk saiz band bra) dalam inchi dan tambah 4 atau 5 inchi dari ukuran tersebut.
2. ukur bahagian paling penuh seeloknya semasa memakai bra yang paling selesa.
3. ukuran no [2] - ukuran no [1] = saiz cup berdasarkan beza inchi ukuran ini.beza:
  • 1" = cup A
  • 2" = cup B
  • 3" = cup C
  • 4" = cup D
  • 5" = cup E
  • 6" = cup F
  • 7" = cup G
  • 8" = cup H
lebih inchi dari yang atas memang tak de dalam pasaran malaysia. kebanyakan bra paling besar ialah cup E. dan kalau ikut cara ni memang kita akan dapati cup E dan mencukupi utk Plus size sebab kita akan pilih band size yang besar.

contohnya kalau ukur lilit bawah dada kita 32" , maka saiz band yg kita pilih ialah 32"+4" = 36"
dan bila kita ukur lilit bahagian paling penuh dada ialah 38", maka saiz cup yang dipilih ialah 38"-36"= 2" = cup B. bila anda pegi beli bra saiz di atas memang kebanyakannya akan muat dengan ketidak selesaan, atau selesa dgn kebiasaan anda sahaja. tanpa anda sedari sebenarnya ada sana sini lebihan lemak terbonjol atau bra tersebut tidak melekap dengan baik dan kelihatan jatuh ke bawah. Ini adalah kaedah KUNO menganggar saiz bra anda. saiz apa yang sepatutnya anda pilih?

sebenarnya adalah lebih baik jika:

1. ukur lilit bawah dada ( untuk saiz band bra) dalam inchi. dan tambah 2 atau 3 inchi dari ukuran tersebut. atau tak perlu tambah kan apa2 inchi pun dapatkan pegangan band yang sesuai dan seperti yg kita tau, bra tersebut meregang bila kita tarik, jd tak de masalah pun kalau tak tambah inchi.

2. ukur bahagian paling penuh seeloknya semasa memakai bra yang paling selesa.

3. ukuran no [2] - ukuran no [1] = saiz cup berdasarkan beza inchi ukuran ini.beza:
  • 1" = cup A
  • 2" = cup B
  • 3" = cup C
  • 4" = cup D
  • 5" = cup E
  • 6" = cup F
  • 7" = cup G
  • 8" = cup H
 jika kaedah kuno tadi kita dapat saiz bra 36B dengan kaedah ini kita akan dapat saiz bra yg lebih kecil dengan cup yang lebih besar.

  1. ukuran bawah dada 32". saiz Band 32" + 2" = 34
  2. ukuran bahagian paling penuh 38"
  3. saiz cup = 38-34 =  4" = cup D

jika anda tukar saiz, maka perbezaan yang akan anda lalui sama macam dalam gambar di bawah


tak payah nak pakai premium beautiful ke, elken lingerie ke dan boleh nampak perubahan ketara. gambar pertama tu menunjukkan macam mana perubahan kalau kita tukar dari satu saiz ke satu saiz yang yang lain. bila kita kurangkan satu saiz band, kena tambah satu saiz cup.

bila dah ada saiz anggaran, boleh terus beli kedai dan pilih saiz yang kita nak tadi. tapi tak boleh terus beli!!! kena cuba dulu, sebab setiap orang tak sama cutting breast dia, jadi tak semestinya akan fit semua design pada saiz yang sama. pastikan bila beli, bra tersebut melekap dengan baik, tiada benjolan lemak keluar sana dan sini, atas dan bawah coli, band belakang rata, tali laraskan kepada tahap yang paling selesa dan cantik.

dengan cara pemilihan saiz bra ni, maka kita akan dapati kedudukab breast lebih tinggi, badan lebih kemas, even breast pun nampak lebih penuh. bagi yang plus size, anda akan kelihatan lebih ramping, kurang buncit, breast kelihatan lebih mantap dan kemas, tiada layut, tiada melebar. layut dan lebar menyebabkan anda kelihatan tak menarik. malah dengan saiz bra dan design yang sesuai breast anda akan kelihatan lebih kecil. saya selalu dengar komen mcm ni dari penjual bra
 " saiz u **** kan?"
" err saya nak saiz **** , ada tak?"
" eh ye ke, saya ingat u guna saiz yang biasa saja. tak nampak pun mcm u perlu saiz tu"

itu lah rahsianya kita nampak lebih fit, lebih mantap dan lebih cantik...... yg plus size cari lah bra yg guna design minimizer yg akan menampakkan breast yg cantik utk badan kita. bukan utk jadi seksi, tapi utk selesa.

jangan cakap saya ajar wanita nak tunjukkan payudara yang cantik bg menggoda lelaki ye.. saya cuma nak wanita pelihara harta mereka dan jaga kesihatan je. even yang pakai tudung pun, tudung mereka akan lebih menutupi keseluruhan dada berbanding bila pakai bra yg salah saiz, mereka perlu cari tudung yang lebih labuh, malangnya tak de yang sesuai, sebab bukan perlu labuh saja, malah perlu lebih lebar. positifnya wanita ini akan pakai tudung labuh, negatifnya wanita ni tak kisah pun, dan pakai tudung apa yang ada mengikut trend penjual tudung.

selingan... kalau inginkan tubuh menjadi lebih fit dan tidak menggeleber, marilah kita amalkan minum ESP atau Collagen Powder Shaklee.. sangat berbaloi-baloi..
memelihara keanjalan kulit dan mengurangkan kekenduran kulit tubuh dan wajah.. awet mude gitewww..


Nak daptkan Harga Hebat Produk Shaklee? Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
ID : 877171
sms@ whatsapp : 0195701403
email: jannahshoppe@gmail.com
FB : Nur Maawa
Page FB: Pretty Raudhah (Vitamin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan