Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Rabu, 1 Mei 2013

Sukar menyusukan sebab bayi tak dpt puting payudara?

Saya janji malam td untuk buat entry pasal masalah penyusuan yang sering terjadi pada awal penyusuan. means baru melahirkan la... :D

saya sendiri pun dulu mengalami masalah ini. Masalah yang saya alami ialah "baby tak pandai menyusu". Huhu itu ayat org yg jahil pasal penyusuan macam saya ni. Masalah saya pada masa tu ialah puting mmg sangat besar. baby masukkan separuh je puting tu dalam mulut... menyebabkan ia melecet dan susu pun tak banyak keluar. Salah baby ke? huhu salah saya la yg tak pandai masa tu... :((

 Hari ni mari kita belajar cara PELEKAPAN atau LATCH ON  yang betul supaya masalah-masalah ni dapat dielakkan.

Pertamanya kita jangan fikir puting payudara tu segala-gala untuk penyusuan. Bentuk puting tak berapa penting sangat berbanding teknik yang betul. tak kisah la, puting cantik ke, puting tenggelam ke, puting besar ke, puting kecil ke.... yang penting cubalah teknik ini sejak mula hari pertama kelahiran. kalau dah lahir pun masih ada waktu, ruang dan peluang utk kita betulkan. :D

perhatikan dan belajar dan praktikkan mengikut gambar yang diberi.
  1. sentuhkan bibir bayi dengan puting payudara, tunggu ia buka mulut luas seperti gambar pertama barulah kita mula cuma masukkan areola mengikut cara dalam gambar. 
  2. mulakan dengan melekapkan dagu bayi di bawah bahagian areola, picit payudara mengikut anak panah dalam rajah 2 menggunakan ibu jari.
  3. masukkan keseluruhan puting dan areola ke dalam mulut bayi seperti rajah 3 dan rajah 4.
  4. bayi akan mula pelekapan dengan baik dan mula penyusuan seperti rajah 5 dan 6.
dan melalui teknik ini kita akan sedar bahawa faktor bentuk puting kurang penting. Jangan pula risau bayi akan tercekik ngan payudara, sbb ia adalah cara terbaik penyusuan.

harap entry ni dapat membantu rakan-rakan yang mengalami masalah bayi sukar mencapai puting payudara utk penyusuan.

Saya akan post kan lebih banyak lg tentang kaedah pelekapan agar kita lebih faham dan dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menyusukan anak sepenuhnya.

Nak daptkan Harga Hebat Produk Shaklee? Hubungi saya
Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
ID : 877171
sms@ whatsapp : 0195701403
email: jannahshoppe@gmail.com
FB : Nur Maawa
Page FB: Pretty Raudhah (Vitamin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan