Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Sabtu, 4 Mei 2013

Pilih posisi penyusuan kesukaan anda :D

 Hari ni kita cerita pasal macam mana nak posisikan bayi dan ibu semasa penyusuan.

Sebenarnya memang la posisi ni ikut suka kita, tapi ada sesetengah ibu-ibu yang baru belajar mendapati penyusuan ibu itu menjadi tekanan sebab sakit belakang, tak selesa, letih, stress dan lama-lama boleh timbul perasaan putus asa. So hari ni saya share posisi penyusuan supaya kita rasa selesa, tenang dan menggembirakan bila menyusukan anak... tapi anda jenis yang mudah stress jangan tinggalkan supplement B complex ye. sangat penting utk memastikan kita tidak mudah stress.

posisi 1 : Posisi Baring. 

Posisi ini biasanya sangat bagus dipraktikkan masa minggu2 atau hari2 awal bersalin. Sbb kita pun tak larat sangat nak banyak bergerak dan terima banyak tekanan.
cara memposisikan posisi berbaring ni.
  • anda perlu berbaring tp bukan baring secara rata ye. Sendal belakang badan dengan bantal supaya kita sedikit tinggi dan breast akan terbentuk mengikut graviti pada kedudukan yang sesuai untuk sampai kepada bayi. posisi ini anda boleh selesakan ikut diri sendiri dan jika rasa perlu ampu payudara anda boleh lakukan ikutkan keselesaan. posisi ini sangat best sebab kita tak akan beri tekanan kepada tulang belakang, so tak de sakit belakang even baby menyusu lama. Utk pengetahuan, baby saya yg first akan melekap pada saya hampar sejam setengah atau lebih dan ia amat memeritkan jika kedudukan tidak selesa dan menyakitkan.
  • Bayi kita letakkan atas badan kita dengan keadaan meniarap. pastikan seluruh bahagian depan badannya menyentuh badan kita. Bayi juga akan berada dalam keadaan yang selesa dan kita kurang perlu untuk mengampu bayi dgn tangan, sebab badan bayi telah diampu oleh badan ibu.

Posisi 2 : POSISI BUAIAN (cradle position)

Posisi ni yang paling digemari atau paling biasa atau paling retro... huhuhu dari dulu sampai sekarang memang posisi ni jd macam automatik. nak menyusukan, guna kaedah buaian atau cradle.

Dalam posisi buaian ni, ibu akan support kepala dan belakang baby dengan tangan dalam keadaan duduk.
  • Ibu perlu duduk dengan belakang badan tegak.. jangan bongkok ke depan kerana ia amat memeritkan selepas beberapa minit menyusukan bayi.
  • seeloknya duduklah di atas kerusi yang mempunyai tempat letak tangan supaya dapat beri sokongan kepada siku dan bahu. Jika tidak, dapatkan sokongan dengan menggunakan bantal biasa atau bantal khas untuk penyusuan. Dan bila dapat sokongan bahu kita boleh bersandar dengan selesa. 
  • Pastikan posisi peha dan punggung adalah rata dan searas supaya tidak lenguh kaki.
  • Bawa bayi pada posisi payudara anda, bukan bawa payudara kepada bayi. Seeloknya muka dan dada bayi menghadap ibu supaya dapat menggalakkan pelekapan yang baik.
  • Bila sudah selesa, anda akan rasa lebih tenang dan seronok dan boleh berbual-bual... :D

ini adalah posisi yang betul untuk sokongan menyusukan bayi agar anda selesa dan tidak mengalami sakit bahu atau sakit belakang atau lenguh kaki.
Posisi 3 :  Posisi football

Posisi football ni dipanggil sebegitu sebab cara kita letakkan bayi sama macam orang main football. Bayi dibawah ketiak atau lengan kita.


  •  cara pegang bayi adalah seperti gambar diatas. Selain itu boleh juga kita support bayi dengan bantal atau kusyen supaya tidak lenguh.
  • sebaiknya mesti duduk tegak, support bahu supaya tidak lenguh.
  • posisi ini sangat membantu untuk ibu yang mempunyai payudara yang besar atau bayi yang ada masalah untuk mendapatkan puting dan areola pada posisi yang lain.
  • dan juga sangat membantu untuk ibu yang ingin menyusukan kembar serentak.
  • kedudukan bayi sama seperti yang lain, mesti muka dan dada menghadap badan ibu utk membantu pelekapan yang baik.

posisi 4: Posisi mengiring

ini adalah posisi kegemaran saya. sangat santai dan tenang lebih-lebih lagi waktu malam. :D
posisi mengiring seperti namanya.. ibu dan anak dalam keadaan mengiring menghadap satu sama lain.
  • ibu dan anak berbaring secara mengiring menghadap satu sama lain.
  • tinggikan kedudukan bantal untuk laraskan ketinggian payudara agar mudah dicapai mulut bayi.
  • sokong belakang dan kepala bayi supaya tidak tergolek ke belakang.
gambar menunjukkan bayi diletakkan dalam tempat yang telah dimodifikasi untuk membantu ibu menyusu dengan lebih selesa dalam keadaan mengiring.

 ok sampai sini dulu, cubalah mana2 posisi yang menyenangkan anda. selamat menyusukan baby comel anda!!


Nak daptkan Harga Hebat Produk Shaklee? Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
ID : 877171
sms@ whatsapp : 0195701403
email: jannahshoppe@gmail.com
FB : Nur Maawa
Page FB: Pretty Raudhah (Vitamin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan