Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Selasa, 16 April 2013

Buang toksid cara termudah!!

:D Assalamualaikum semua....
 hari ni nak cakap pasal fungsi badan dan perkara paling penting yang sering di abaikan.....
 Jangan risau, sbb hari ni jannah tak de nak promote apa2 supplement pun. hehehe.

Sejak kebelakangan ni saya mengakui yang saya sudah mula mengabaikan perkara paling asas dalam hidup iaitu minum air kosong atau air masak.

Apa terjadi?huhuhuhu kesian.. muka saya mula naik jerawat, tangan kaki dah mula menakung air dan jadi bengkak.. berat saya naik 5 kg dalam masa sebulan dan tak lawas membuang... huhuhuhu betul2 buat saya tersedar yg saya terlalu kurang minum air dengan alasan tak sempat, terlupa, jadual pack dan sebagainya... itu semua  hanyalah ALASAN!!!

 Saya mengaku antara faktor yg menyumbang kepada kurang minum air masak adalah sebab saya minum milo waktu breakfast, minum air manis waktu makan tgh hari, dan minum air teh waktu makan malam.... as a result saya gain weight 5 kg per month.



kini saya sedar dan saya dah beli pun 2 botol air 2liter herbalife yg ada straw tu. saya nak pastikan saya mesti habis sebotol di rumah dan sebotol lg di sekolah. cukupkan air sekurang2nya 4 liter sehari. impressive saya dah habiskan setengah botol air 2liter tu pada hari ni jam 9pg lagi. hehehhe

Kenapa semua perkara tu terjadi jika kita kurang minum air?
  1. air sangat penting untuk pelawasan. supaya tinja kita dalam usus tidak terlalu keras dan mudah untuk keluar.
  2. makanan yang melalui usus akan diserap air dan mineralnya mengikut keperluan badan, kalau dalam makanan atau sisa makanan tu tak de air, maka ia akan menjadi keras dan kita akan sembelit. bila kita sembelit, ini akan menyebabkan toksid akan bertambah dan berkumpul dalam usus dan menyebabkan keadaan sembelit menjadi lebih teruk. Dengan adanya lebihan air, ia akan mula melembutkan sisa najis yg telah melekat didinding usus yang menghasilkan toksid. bila Najis lama di dpt dikeluarkan maka toksid pun semakin berkurangan.
  3. bila toksid tak dikeluarkan dalam badan, maka mula lah muka naik jerawat, perut tidak selesa dan menyebabkan angin.
  4. Sel badan pula memerlukan air untuk memastikan sel sentiasa segar dan bersedia menjalankan proses kimia utk fungsi badan. Namun jika badan selalu kekurangan air, maka otak kita akan memberitahu sel, badan kekurangan air, maka sel tidak boleh melepaskan air dan serap sebanyak mana air yang dapat supaya menjadi bekalan untuk hari esok. Mesej ini dihantar untuk memastikan sel dapat sentiasa berfungsi dengan baik. Namun adakah kita tahu bahawa ia menyebabkan kita bengkak air, atau pun gemuk air.
  5. Gemuk air bukan disebabkan oleh kerana kita terlalu banyak minum air ye, tp sebab kita tak minum air, jd badan akan simpan air yang ada supaya badan tidak akan kekurangan air.
Semalam masa saya bawa botol air 2 liter ni ramai sangat yg tegur, wah banyaknya minum air. Bila saya kata saya dah nak 5kg maka diorang mula jawab, tu sbb minum banyak sangat air kut. tp saya cakap, bulan lepas seliter air pun saya tak habiskan dalam masa sehari, tu sbb berat naik mendadak.

tapi masih ramai yang beralasan nanti asyik nak terkencing je, --> memang la nak terkencing supaya perkara2 yang tak elok dalam bada ni dapat dikumuhkan dan dikeluarkan. nanti gemuk la minum air, sbb tak minum air la jdi gemuk. saya mula minum air lebih 5 liter sehari bila saya mula diet. dan saya tak bertambah gemuk pun minum air masak... malah saya dapat kurangkan berat sebanyak 20kg++ dalam masa 3-4bulan.

dan sedar hari ni cara termudah memastikan kita, sihat, cantik, gebu, tak sakit sana sini, tak stress ialah dengan minum air secukupnya. Jika orag biasa perlu minum 8gelas sehari, kita yang amalkan supplement perlu lebih lg.....

Jom sama2 kita MINUM AIR!!! Buang toksid, badan segar, sihat dan cantik

Nak daptkan Harga Hebat Produk Shaklee? Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
ID : 877171
sms@ whatsapp : 0195701403
email: jannahshoppe@gmail.com
FB : Nur Maawa
Page FB: Pretty Raudhah (Vitamin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan