Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Khamis, 28 Mac 2013

Hargailah sebelum terlewat.

 Assalamulaikum.
ingatkan cuti2 sekolah ni bersemangat ler saya ni nak update blog rupanya lebih banyak kekangan yang berlaku. sebab massa cuti sekolah ni la semua urusan saya nak wat dengan bank. Sebab time sekolah tak kesempatan sangat memandangkan keje sesi petang.

So ari ni nak cerita sikit tentang supplement yang harus kita amalkan agar kesihatan kita berada di tahap yang optimum agar badan sentiasa cergas, bertenaga dan bersemangat. Bila badan kita cukup semua keperluannya, maka ia akan dapat berfungsi dengan baik tanpa banyak ragam. Tapi kalau ada kurang sana sini mulalah ia meragam... sana sakit, sini sakit, tak bermaya, malas la, cepat marah dan macam-macam lagi.

Lagi satu, badan kita ni pinjaman dari Allah je kan, jadi kita kenalah jaga sebaiknya. Paling penting kena jaga pemakanan dan aktiviti fizikal. Saya tak kata, utk jaga kesihatan mesti amik supplement, kalau anda jaga pemakanan, mengikut keperluan badan, pilih makanan yang terbaik setiap hari dari segi khasiat dan kebersihannya buat apa nak amik supplement lg? tak perlu dah.

Supplement kita ambil bila kira sedar yang kita tak dapat nak jaga pemakanan kita dengan baik mungkin sebab kita tak sempat nak prepare makanan sendiri, makanan yang kita ambil setiap hari sama je, sering ambil fastfood, setiap kali makan di kedai makan yang kita tak tau kualiti makanannya, atau bila kita jumpa doktor, doktor kata, " awak ni tak cukup zat ". Dikala kita sedar hal tersebut, maka ambillah supplement supaya kita dapat jaga anugerah Allah ni dengan baik.

Saya suka cadangkan customer untuk ambil set asas kesihatan optimum atau pendeknya saya panggil SET A bila customer minta cadangan. kekadang atau saya sendiri dulu pun, tertanya-tanya apa sebenarnya supplement yg nak ambil ni? sebab rasa nak jaga la kesihatan tak nak nanti cepat letih, tak bermaya, jd malas. Apa ada dalam set A?

SET A mengandungi
1. Vita Lea --> multivitamin multi mineral
2. Vit C
3. B complex


Jadi kenapa nak kena ambil vitamin ni semua?

Vita -Lea :
Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sepatutnya. Jadi kita tak payah la nak risau tak cukup zat. kuantiti asas utk fungsi badan memang ada dalam vita lea.
Sangat diperlukan bila kita tak jaga diet seharian, ambil pemakanan tak seimbang. ia menyediakan asas yang baik utk memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, kuku, rambut, kulit, otot dan hormon serta kesihatan tirod.
Ia juga memberikan tenaga segera kepada badan.
Selain itu menjaga sistem reproduksi.

B complex.
Mengandungi asid folik organik yang sedia diserap oleh badan. Rata-rata asid folic di pasaran adalah jenis sintetik. Jika ada yang organik pun, ia agak sukar diserap ke dalam badan.

B complex juga adalah vitamin yang sangat bagus untuk menyediakan tenaga segera, di mana ia akan menukarkan makanan kita terus kepada tenaga, jadi kita akan ada kurang lebihan makanan atau glukos yang mana akhirnya akan ditukarkan kepada lemak jika ia tidak digunakan. Sebab tu kita akan sentiasa aktif dan bertenaga.
B complex sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf, ia boleh mengurangkan kesakitan, tekanan, kemurungan dan susah tidur.
B complex sangat baik utk mengurangkan stress dikenali sebagai penenang semula jadi.
Baik untuk kesihatan mata, kurangkan alahan, kurangkan senggugut, kesihatan kulit kepala, rambut lebih cantik dan lebat.

Vit C
Sangat popular di kala ini sehingga Shaklee kehabisan stok vitamin C. sangat menunggu-nunggu stok dalam bulan april ni. Vitamin C sangat diakui untuk kesihatan dan kecantikan kulit secara semulajadi. Ia sangat diperlukan oleh badan dalam penghasilan kolagen badan. Tanpa vitamin C kolagen yg dihasilkan oleh badan tak dapat digunakan dan akan menjadi sia-sia.Vitamin C juga sangat penting untuk meningkatkan sistem imun dan mengurangkan stress.

Nak daptkan Harga Hebat Produk Shaklee? Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
ID : 877171
sms@ whatsapp : 0195701403
email: jannahshoppe@gmail.com
FB : Nur Maawa
Page FB: Pretty Raudhah (Vitamin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan