Nak Dapat Harga BEST? Jom jadi ahli dengan saya

Hubungi saya

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
shaklee ID : 877171,
sms whatsapp : 0195701403
Fb : Nur Maawa
Page Fb: Pretty Raudhah (Vitamin)

Sabtu, 29 Disember 2012

Set Mengandung trimester 1 @ de eur four ... Semoga dipermudahkan urusan.

Seminggu ni agak jarang jugak nak update blog... Agak kurang sihat sikit. Asalnya sekadar alahan trimester pertama mengandung ni saya dapat atasi lagi sebab dah amik supplement set mengandung shaklee.

Tapi disebabkan kena batuk dan selsema memang betul2 down. Alhamdulillah saya tak demam. Agak2 risau juga baru2 lagi ni dah kena batuk selsema. Makan UBAT? oh no no no no saya memang tak makan ubat masa mengandung...

  
 ingat lagi dulu kalau mengandung.. pagi2 sampai la waktu tgh hari nak gi keje mesti saya terlepek je.. tak de semangat langsung. Paksa badan bangun utk pegi keje pastu baru la segar sikit.. Alhamdulillah kali ni saya dah siap2 dah B complex utk gantikan asid folic klinik biasa amik tu, makan vita lea dan ostematrix kekal bertenaga dan segar sepanjang hari. cuma bila kena selsema ni kepala yg berat jadi semakin berat la... :D tak pe saya redha.. sakit kan menghapus dosa2 kecil.. Amin.

so ari ni nak bgtau semua orang pasal SET MENGANDUNG. Dalam set ni ada 4 jenis vitamin:

1. Vita Lea : membekalkan pelbagai mineral dan vitamin penting dalam badan kita supaya tubuh kita dapat berfungsi dengan baik. lebih2 lagi di awal mengandung ni kita makan tak berapa nak tentu, kalau saya pertama kali la.. huhuhu makan sikit dah nak termuntah... muak. so biasa leh breakfast bihun sepinggan kali setengah pinggan je. so dengan vita lea ia bekalkan vitamin dan mineral yang kita kurang dalam pemakanan kita.

2. B complex : paling penting untuk trimester pertama. Ia membekalkan asid folic yang semula jadi dan kadar kebolehserapan dalam badan sangat tinggi. yang selalu jual kat pasaran adalah yang jenis sintetik bukan organik. apa yg best B complex ni selain bekalkan asid folic yang penting untuk perkembangan bayi, ia juga bekalkan kita tenaga. kan selalu kita penat jer sepanjang hari tak bermaya. ia mungkin disebabkan kita kekurangan tenaga boleh guna, jangan kata saya dah makan banyak... sebab yg kita makan tu belum tentu boleh tukar kepada tenaga semuanya! dengan adanya B complex ia akan tukarkan makanan terutamanya gula dalam darah menjadi tenaga. Nampak tak? jadi kita juga akan rendah risiko untuk kencing manis semasa mengandung.

3. Vita C : vita C diperlukan untuk sistem imun badan kita. mengekalkan kita sentiasa sihat. maklum la masa mengandung ni kalau boleh kena elakkan makan ubat. tapi alkisahnya saya tak makan lg vitamin C masa kena selsema sebab doktor kata amik asid folic je dulu. tapi lepas kena selsema saya terus amik Vitamin C dan Vita lea. sebab dalam vita Lea pun ada vitamin C. saya tau ramai yang risau sebab sekarang ni vitamin C shaklee tak de stok seluruh Malaysia.

4. Ostematrix : oste saya ambil sebab yg mcm saya cerita tadi la.. kalau mengandung saya mesti terlepek jer. bila balik dari keje, sampai rumah mesti terus tertido. Dulu tak de anak, anak sorang boleh la hubby handle, sekarang anak dah besar2 banyak ragam nak itu, nak ini hubby plak runsing ngan hal keje dia.. mana nak handle.. jadi saya kena sediakan segala keperluan badan saya,... Ostematrix juga sangat penting untuk elakkan kita kena morning sickness yang teruk makan loya2 dan muntah. biasanya hal itu terjadi sebab badan kekurangan kalsium. lagi satu bila kita mengandung memang kita perlukan kalsium yang banyak, untuk bayi dan ibu. perasan tak kalau mengandung ada orang gigi akan jd tak sihat? itu tanda kurang kalsium. Jadi utk perempuan2 yang macam saya ni confirm tak minum susu, ostematrix memang pilihan terbaik.

So hari ni saya dah sihat sikit, dan rasa dah kembali bertenaga macam selalu sebab dah tak de selsema, tinggal batuk je lagi nih. tengah cari penawar batuk plak.

Sebenarnya set mengandung utk trimester pertama ni bukan hanya untuk orang mengandung jer... set ini juga dikenali sebagai set de eur four. set yang sangat sesuai utk sesiapa sahaja yang ada masalah keletihan. tak bermaya dan memang perlukan supplement utk bertenaga dan segar. Ramai rakan sekerja saya mengadu hal ni, " ala, balik sekolah je terus flat... mesti tertidur terus.. bila nak key in semua data2 tu kat rumah... ".

Biasala keje cikgu bukan sekadar disekolah dan pada musim persekolahan je... keje cikgu bawa ke rumah, hingga subuh pun ada... semuanya demi anak bangsa. mengeluh atau tidak itu hal lain, keluhan supaya orang atasan cuba selami masalah kami, bukan sekadar melontarkan idea dan cuba laksanakan tanpa pedulikan siapa yang harus laksanakan dan cara pelaksaannya... ( eh dah ke lain plak.. sorry off topic).

Set ni jugak sangat perlu oleh ibu2 yang menyusukan anak tapi sentiasa keletihan.. saya akui dulu saya menyusu anak tanpa supplement shaklee memang letih, penat, anak sentiasa nak mengempeng... saya tau dia mungkin tak cukup zat dalam susu saya. tapi pada masa tu saya tak tau pasal shaklee dan kepentingan nutrient dalam susu kita. sekarang dah tau.. dan saya memang berazam utk fully breastfeed anak yang akan datang. kalau dulu memang tak de masa pun nak buat stok.. bila anak dah tertido kita pun sama tertido sebab itu je masa yang ada untuk tdo. tapi dengan vitamin shaklee ramai yang akui faedahnya... susu kita semakin pekat, nutrisi nya penuh, maka anak cepat kenyang dan tdur lena. kita pun ada masa untuk buat stok dan punya tenaga tambahan untuk berjaga mengepam susu.

semoga saya dipermudahkan Allah untuk melalui fasa2 mengandung ini dengan penuh kasih sayang dan selesa. semoga kandungan ini selamat hingga dilahirkan dan membesar dengan jayanya. saya mendoakan juga kepada semua ibu2 yang sedang mengandung dan juga yang bakal mengandung semoga dipermudahkan urusan. Aminn

Untuk dapatkan harga istemwa macam biasa.. contact la saya guna email, sms atau whatsapp.

Nama: Nurul Jannah Bt Sulaiman
ID :  877171---> gunalah id saya utk pembelian terus dengan shaklee utk dpt harga ahli.
Sms @ whatsapp : 019570140
email : jannahshoppe@gmail.com
FB : Nur Maawa
FB Page : Pretty Raudhah ( Vitamin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan